Ekonomi | Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta

2022-12-14 0

Top Glove Corporation Bhd merekodkan kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama berakhir 30 November 2022, berbanding keuntungan bersih RM185.72 juta pada suku pertama 2022 apabila volum jualannya berkurangan kira-kira 48 peratus tahun ke tahun disebabkan pelbagai cabaran.

Hasilnya juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.